Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Monday, July 2, 2012

Apex dah tak main bola, jadi Pengawal Keselamatan



Kewibawaan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 23 sebagai figura yang dikenali bukan saja dicabar dengan pelbagai cerita kontroversi.

Hakikatnya, Apex kini terus cuba menjadi yang terbaik bukan saja sebagai penjaga gol kebangsaan tetapi turut melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang selebriti.

Sungguhpun Apex pernah memberitahu tidak mahu menceburkan diri dalam bidang lakonan sepenuh masa, tetapi anak jati Kelantan itu tidak menolak pelawaan untuk berlakon dalam iklan TV.

Apa yang pasti, Apex telah mencabar dirinya untuk melakonkan watak sebagai pengawal keselamatan untuk drama pendek yang telah pun disiarkan di laman Youtube.

Lebih mencabar lagi, Apex telah diberi peranan untuk menjadi warga asing berasal dari Nepal.

Sungguhpun Apex sebelum ini pernah muncul dalam muzik video penyanyi Andi A Merican, watak yang diberikannya dalam cerita ini lebih mencabar kerana Apex perlu banyak bermain dengan riak wajah dan emosi.
Malah, Apex juga perlu melafazkan skrip dalam dialog warganegara Nepal.

Menerusi drama pendek berkenaan, Apex memainkan peranan sebagai pelakon utama dan berlakon bersama penyampai radio popular, Fabes Fly FM.

Disamping Fabes, pelakon kacak, Zain Saidin turut sama membuat penampilan istimewa bersama seorang lagi pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli.

Difahamkan, drama pendek berjudul Semua Boleh Bolt itumempunyai empat siri yang mana siri pertama sudah pun disiarkan sejak semalam.

Jadi apa tunggu lagi, nilailah sendiri lakonan Apex sambil bergelak ketawa menyaksikan wataknya yang lucu.




~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Ella Bakal Berkahwin 7 Julai ini



Setelah sekian lama hidup bersendirian, ratu rock negara, Ella mengambil keputusan untuk menamatkan zaman solo pada 7 Julai ini.

Menurut ahli keluarga Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, penyanyi yang baru saja memenangi pertandingan Mentor ini bakal menjadi isteri kepada seorang jejaka yang berasal dari Muar, Johor.

Difahamkan jejaka berkenaan bertugas sebagai juruterbang dan mereka bakal dinikahkan di kediaman keluarga Ella di Klang, Selangor.

Sebelum menerima khabar gembira ini, Ella telah dikesan menghadiri kursus perkahwinan pada 3 hingga 4 Mac lalu.

Dari sinilah munculnya spekulasi Ella bakal mendirikan rumahtangga pada tahun ini.

Bagaimanapun, ketika itu, Ella enggan mengulas lanjut mengenai hal berkenaan dan lebih banyak mendiamkan diri.

Ternyata tatkala itu, Ella mahu fokus mendidik Puteri Caroline Mohd Kamel, 20, yang baru saja dinobatkan sebagai juara Mentor pada 10 Jun lepas.

Sumber >>




~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...