Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Sunday, June 3, 2012

Zizan Juara Super Spontan Bolot RM100 Ribu



Pasangan Jozan sememangnya telah mendominasi peringkat akhir Super Spontan dengan kemenangan berpihak kepada Zizan manakala Johan meraih gelaran naib juara.

Kemenangan tersebut membolehkan Zizan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry.

Johan yang bergelar naib juara Super Spontan menerima hadiah berupa RM50,000 beserta trofi.

Tempat ketiga menjadi milik Tauke yang membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta trofi.

Tiga pemenang saguhati iaitu Suhaimi, Rahim dan Ropie pula masing-masing membawa pulang wang tunai RM5000 beserta trofi.

Hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh diiringi Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani.

Seperti mana minggu-minggu lalu, peringkat akhir Super Spontan turut menyediakan lima permainan untuk para finalis bersaing sesama sendiri, bezanya kali ini mereka bermain secara individu, bukan lagi berkumpulan seperti dahulu.

Permainan dimulakan dengan permainan Beku, di mana peserta harus melakukan sesuatu aksi dan kemudian berhenti beku untuk digantikan peserta lain. Peserta yang menggantikan tempat rakannya harus bermula dari posisi yang sama ditinggalkan peserta yang diganti.

Permainan kedua adalah permainan baru yang diperkenalkan untuk peringkat akhir ini,di gelar Sketsa Dari Topi Puaka. Hos Adibah Noor akan membacakan sketsa yang diambil dari topi yang disediakan dan para finalis harus beraksi dengan kreativiti sendiri tentang sketsa yang dibacakan itu.

Permainan ketiga pula ialah Pilihan Lain, juga sejenis permainan baru. Untuk permainan ini, para finalis akan bermain secara pasangan dan mereka diberi satu situasi untuk dilakukan. Apabila loceng dibunyikan, mereka harus menukar pilihan ayat yang mereka suarakan dengan pilihan lain mengikut kreativiti sendiri.

Permainan keempat pula ialah Ciptaan, dan sekali lagi finalis akan berentap secara berpasangan di mana mereka akan diberikan sejenis peralatan dan menggunakan kreativiti mereka untuk mempelbagaikan fungsi peralatan itu.

Permainan kelima dan terakhir dinamakan Laguku Untukmu. Dengan iringan muzik oleh kumpulan Ahmadahmad, setiap finalis harus menyanyikan serangkap lagu secara spontan berdasarkan tema yang diberikan.

Super Spontan peringkat akhir telah bersiaran secara langsung dari Studio Finas, Hulu Klang dan disiarkan di Astro Warna (saluran 132) serta Mustika HD (saluran 134).

Pengulas untuk program ini ialah kumpulan Boboi dan Amir Raja Lawak manakala hosnya pula ialah Adibah Noor.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Nia Ramadhani Dapat Bayi Perempuan



Aktres Indonesia Nia Ramadhani selamat melahirkan seorang bayi perempuan Mikhayla Zalindra Bakrie pada pukul 7.25 pagi di Rumah Sakit Pondok Indah, Jakarta Selatan di sini, Sabtu.
“Alhamdulillah, telah lahir putri pertama kami, Mikhayla Zalindra Bakrie, pada hari Sabtu pukul 07.25 pagi,” kata sumber yang juga ahli keluarga pelakon itu dikenali sebagai Yasmin menerusi kiriman Blackberry Messenger kepada portal Kapanlagi.com.
Nia yang terkenal menerusi drama sinetron Bawang Merah, Bawang Putih itu melahirkan bayi seberat 3 kilogram itu hasil perkahwinannya dengan usahawan Ardie Bakrie pada April 2010.
Difahamkan, kedua-dua bayi dan ibunya berada dalam keadaan sihat.
“Dengan berat 3130 gram dan panjang 48 cm. Ibu dan anak dalam keadaan sihat,” kata sumber itu lagi.
Dalam pada itu, suaminya Ardie Bakrie tidak dapat menyembunyikan perasaan sebak di atas kelahiran bayi itu sehingga menitiskan air mata kesyukuran.
“Saya membayangkan kesakitan yang ditanggung oleh Nia sehingga dia selamat melahirkan anak kami sampai saya menitiskan air mata,” ujar Ardie saat ditemui pemberita di hospital berkenaan.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...