Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Tuesday, May 22, 2012

Hanya 22,270 Sertai Bersih 3.0



Perhimpunan di ibu negara bulan lepas disertai oleh 22,270 orang dan bukan ratusan ribu seperti yang didakwa pembangkang, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Isnin.
Beliau berkata rumusan tentang jumlah mereka yang menyertai perhimpunan pada 28 April itu dibuat oleh Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dengan menggunakan sistem blok fotografi.
"Jumlahnya 22,270, agak hampir dengan konfigurasi British Broadcasting Corporation (BBC) (25,000), tetapi, yang pasti ia jauh daripada (jumlah) yang diumumkan (penasihat PKR dan Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke seluruh dunia.
"Sehubungan itu, kami ingin berkata begini: "Bersikap jujurlah tentang jumlah orang yang menghadiri sebarang majlis.
"Dan idea untuk menjadikannya gah hingga mencapai beratus ribu bukan saja sesuatu yang agak nakal, tetapi juga menyatakan sesuatu yang begitu tidak benar kepada rakyat Malaysia dan kepada seluruh dunia," katanya selepas merasmikan kursus asas mengenai media baharu untuk anggota Mubarak (Majlis Bekas-bekas Wakil Rakyat) dan veteran Umno di sini.
Rais mempelawa mereka yang begitu berminat untuk mengetahui bagaimana jumlah itu dikira, melihat cara Bernama melakukannya.
"Kami sebenarnya boleh mengira jumlah kepala bagi setiap sentimeter graf pada sesuatu gambar.
"Kami lebih cenderung menerima cara anggaran itu dibuat daripada cara mencari gah yang kami dapat daripada puak PKR," katanya.
Ditanya adakah jumlah itu merupakan angka rasmi kerajaan, beliau berkata junmlah yang dicapai Bernama adalah lebih logik dan hampir dengan anggaran BBC.
Rais berkata beliau tidak keberatan sekiranya sebuah badan bebas diwujudkan untuk mengesahkan jumlah itu jika ada pihak yang mahukan demikian agar ia boleh dijadikan ukuran pada masa akan datang.
"Saya ingin mengesyorkan agar setiap kali ada perhimpunan besar, kaedah ini digunakan agar orang ramai boleh mendapat maklumat secara adil tentang jumlah hadirin," kata beliau. - BERNAMA

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Monday, May 21, 2012

Stadium Penuh Dengan Penyokong Kelantan



Penyokong Kelantan menawan Stadium Nasional apabila lebih separuh daripada 85,000 tempat duduk pada perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby semalam dikuasai penyokong Red Warriors.

Daripada jumlah tersebut, di anggarkan lebih 65,000 adalah penyokong Kelantan, manakala selebihnya penyokong Sime Darby.

Agak mengelirukan kerana penyokong kedua-dua pasukan memakai baju yang sama iaitu warna merah dan mereka hanya dapat dibezakan menerusi logo pasukan masing-masing.

Difahamkan 90 peratus daripada penyokong Sime Darby yang hadir menyaksikan perlawanan semalam terdiri daripada kakitangan syarikat tersebut dan selebihnya adalah penyokong dari pasukan negeri dalam saingan Liga Malaysia.

Walaupun final semalam melibatkan pertembungan skuad negeri, Kelantan menentang pasukan berstatus kelab, kehangatan final tetap dirasai seawal pukul 5 petang.

Penguasaan penyokong Kelantan ketara sebelum memasuki stadium lagi, apabila mereka mula memenuhi pekarangan stadium sejak awal petang.

Kebanyakan penyokong tiba dengan menggunakan kenderaan sendiri, berkumpulan dan menyertai rombongan bas yang ditaja oleh persatuan bola sepak pasukan masing-masing.

Ada penyokong Kelantan yang sampai ke venue perlawanan sejak awal pagi, selepas bertolak dari Kota Bharu pada tengah malam kelmarin.

Namun agak mengecewakan kerana ada segelintir penyokong yang turut membawa masuk bahan larangan seperti mercun.

Malah ada juga yang mengibarkan bendera parti politik.




~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...