Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Friday, February 3, 2012

Zaid Digesa Letak Jawatan, KITA tidak dibubar


Datuk Zaid Ibrahim digesa meletak jawatan dan berundur daripada mengetuai Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (Kita) kerana disifatkan gagal menguruskan parti itu dengan baik.

Pengerusi Kita negeri Kedah, Zamil Ibrahim berkata, Zaid sepatutnya berundur daripada parti berkenaan dengan cara terhormat tanpa merosokkan imej parti yang ditubuhkan kurang daripada setahun itu.

Sambil menyifatkan Zaid sebagai pemimpin yang tidak mempunyai prinsip, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga dilihat sebagai tidak bertanggungjawab kerana mengumumkan pembubaran Kita tanpa persetujuan semua pihak khususnya pemimpin peringkat negeri.

"Lebih baik beliau keluar dengan cara terhormat, keluar tanpa merosakkan parti ini yang sedang menuju kearah peperangan," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Turut menyokong gesaan agar Zaid meletak jawatan dan berundur daripada Kita ialah Pulau Pinang, Selangor dan Sabah.

Selain itu tegas Zamil, Kita tidak akan dibubarkan walaupun Zaid tidak lagi mengetuai parti itu.

"Kita akan teruskan parti ini, walaupun tak ada Datuk Zaid. Kami boleh uruskan parti ini sendiri," katanya.

Pada Khamis Zaid mengumumkan bahawa beliau akan membubarkan Kita menerusi satu mesyuarat agung tergempar (EGM) kerana gagal mentadbir parti itu dengan baik terutama mengenai hala tuju serta matlamatpenubuhannya

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Pilihan raya boleh sebelum April 2013


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.

Perdana Menteri berkata, masa untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 bergantung kepada banyak faktor.

"Pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.

"Buat masa ini, saya turun padang berjumpa rakyat, bukan sahaja saya tapi semua pemimpin kerana ini tanggungjawab sebagai pemimpin supaya rakyat tambah yakin kepada Barisan Nasional (BN),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus kononnya Parlimen akan dibubar minggu depan untuk memberi ruang kepada pilihan raya umum ke-13. - BERNAMA

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...