Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Wednesday, December 14, 2011

Honda EX5 untuk dijual - SOLD

SOLD / DAH di JUAL YE........... :)



Aku dengan rela hatinya ingin menjual motor yang telah banyak berjasa kepada aku dulu - masa study dan mula kerja..

Sampai masanya sudah aku nak jual motor ni - daripada jadi besi buruk baik aku jual...

- Harga RM1200. tahun 1993
- Road Tax dah setahun lebih mati. Geran ada - nama aku sekarang.
- Motor dah hampir setahun tak start. So sekarang aku rasa tak boleh start - yela dah lama tak start. Masa sebelum tu motor enjin tip top. Bila tayar pancit, aku malas hantar kedai.. hehehe.. terus tak start motor..



Kalo korang tengok kat mudah.my - motor lama2 mahal juga diorg jual, tapi motor elokla.. Ada aku jumpa tahun sebaya motor aku, harga jual diorg mencecah antara RM 1700 - RM 2300. Barang antik kot, patut mahal.. hehehe.

Tu pasal aku nak jual murah RM1200. Mana ada yang cacat cela tu korang repair laa sendiri.. Aku rasa repair pun tak banyak... lelong-lelong sementara motor masih ada.. hehehe...

Yang berminat boleh contact -DAH Dijual. Jualan hujung tahun. Nak contact tanya pasal pakej photographer kahwin/tunang pun boleh... hehehe...

Gambar motor Honda EX5 tahun 1993 yang nak dijual tu:



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Monday, December 12, 2011

Chef Riz dah kahwin

Chef Riz yang terkenal dalam rancangan MasterChef telah pun selamat berkahwin...


Dengan hanya sekali lafaz, Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuawan, 30, kini sah bergelar suami kepada pelakon Ana Dahlia atau nama sebenarnya, Diyana Mastura Jaafar, 28, tepat jam 12.20 tengahari tadi.

Memilih 11 Disember 2011 sebagai tarikh pernikahan, pasangan selebriti ini dinikahkan oleh Naib Kadi Kampung Batu 8, Bendang Siam, Changkat Jering, Taiping, Tuan Haji Nawi Osman dengan mas kahwin sebanyak RM1,001 beserta sebentuk cincin.

Juri program Master Chef Malaysia menerima 15 dulang hantaran daripada pihak perempuan berbalas 10 dulang daripada pihak lelaki.

Sementara itu, Ana Dahlia turut menerima wang hantaran berjumlah RM20,000.

Pasangan mempelai ini mengikat tali pertunangan pada 5 Oktober lalu dan akan diraikan dalam dua majlis resepsi berasingan pada malam ini bertempat di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak.

Manakala, majlis resepsi kedua di sebelah pihak lelaki akan berlangsung di Sungai Koyan, Raub, Pahang pada 18 Disember ini.

Pihak lelaki menerima hantaran berupa dompet, Blackberry, minyak wangi, tali pinggang, set kelengkapan diri, pen, jam tangan, sireh junjung, sepasang baju dan seluar, pemanis dan dua pasang kasut.

Sementara pihak perempuan menerima coklat, kek, minyak wangi, cermin mata, jam tangan, tas tangan, kain lace, sireh junjung, tepak sireh dan buah-buahan.




~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...