Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Wednesday, October 5, 2011

Anak ikan di Mayangsari Resort

Minggu ni aku ada kerja kat dungun, settlekan kerja yg tak abis lagi. 2 hari aku berada di dungun, hari ini dan esok. Kali ni aku dan rakan sekerja aku menginap di Mayangsari Resort. Sekali aku tengok macam rumah hantu pun ada.. hehe.. penuh dengan pokok-pokok yang agak seram.. hehe..

Mayangsari resort

Malam tadi aku sampai ke dungun terus check in kat Mayangsari. kemudian pergi ke bilik, aku ingat depan bilik tu banjir, yela ada takungan air pulak. Rupa rupa nya kolam ikan yang penuh dengan anak2 ikan.. nasib baik aku tak celup kaki dalam air tu.. haha..

Mayangsari resort

Dengan harga semalam bilik ni RM90, okla siap ada breakfast dan ada swimming pool lagi.. balik kerja tadi terus berendam jap. Tapi mandi kejap je, hari nak hujan... dah 2 malam kat dungun, selalu hujan. Sejuk dok kat sini Mayangsari resort .. dekat dengan tepi pantai lagi...

Mayangsari resort

Mayangsari resort

Lokasi/Map Mayangsari Resort Dungun:




~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

google: Mayangsari resort dungun, gambar Mayangsari resort, lokasi Mayangsari resort, lokasi menarik di dungun, resort di dungun, resort di terengganu, harga Mayangsari resort, tempat menarik di dungun, tempat menarik di terengganu, tempat mandi di dungun,

Gambar Penembak Noramfaizul Mohd. Nor


Gambar empat anggota tentera misi pengaman Kesatuan Afrika di Somalia (Amisom) yang bertanggungjawab melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor didedahkan apabila ia dihantar menerusi e-mel kepada Bernama hari ini.

Berdasarkan gambar yang dihantar oleh Agensi Keselamatan Somalia itu, mereka yang sebelum ini dilaporkan sebagai tentera Burundi dan bertugas dalam Amisom dilihat berjalan tanpa sebarang kelengkapan senjata namun dikawal oleh beberapa tentera lain ke suatu tempat yang tidak dinyatakan.

Laporan polis Somalia memberitahu, pihak Amisom telah menjalankan siasatan dalaman berhubung kejadian berkenaan dan mendapati keempat-empat tentera yang dituduh itu didapati bersalah kerana melepaskan tembakan berkenaan.

Amisom pada 26 September lalu secara rasminya telah menyempurnakan siasatan penuh terhadap empat tertuduh yang sebelum ini dikatakan menembak dan menyebabkan kematian Allahyarham Noramfaizul dan mencederakan jurukamera TV3, Ajis Saregar Mazlan.

Pasukan keselamatan itu juga telah memohon maaf atas kejadian tersebut serta melucutkan mereka yang terlibat daripada menjalankan tugas pasukan pengaman dan menghantar mereka pulang ke Burundi untuk dibicarakan.

Noramfaizul, 39, terkorban setelah terkena tembakan curi ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan menaiki pacuan empat roda semasa menyertai misi bantuan kemanusiaan anjuran Kelab Putra 1Malaysia di Mogadishu, Somalia pada 3 September lalu.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...