Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Monday, September 5, 2011

Kereta HONDA kena panggil semula

Kepada pemilik-pemilik kereta HONDA, sila AMBIL PERHATIAN.. jika HONDA anda di dalam tahun dan model dibawah sila hantar ke HONDA MALAYSIA dengan segera.. Honda EX5 tak diterima ek... hehehe...



KUALA LUMPUR: Honda Malaysia Sdn Bhd akan melaksanakan ujian dan langkah pencegahan awal membabitkan kira-kira 40,456 unit daripada kenderaannya yang dikeluarkan pada 2006 hingga 2008.

Dalam satu kenyataan hari ini, katanya ia sedang memberitahu pemilik model kereta Civic model 2006 hingga 2008, City 2006-2007 dan Jazz 2005 hingga 2007 di bawah kempen mengemas kini produk bagi melaksanakan langkah pencegahan daripada isu teknikal yang tidak diingini di dalam unit yang terbabit.

"Ini adalah panggilan awal bagi dilakukan pemeriksaan dan penggantian, di mana kami percaya dapat mengekalkan prestasi produk yang terbaik bagi para pelanggan walau pun berlaku kecacatan," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.

Yoichiro berkata, sebagai contoh, adalah dilaporkan unit bagi model Civic (16,537 unit) kemungkinan mengalami kebocoran minyak dari hos perantara stereng kuasa, yang disebabkan aliran air panas dan cuaca yang lembap, yang boleh menimbulkan isu keselamatan pada masa depan.

Pengeluar kereta Jepun itu perlu menukar bahan getah hos perantara stereng kuasa model Civic yang terbabit.

"Kesemua alat ganti dan caj buruh kerja berkenaan akan ditanggung oleh Honda Malaysia," kata Yoichiro.

Pemilik model berkenaan dinasihati menghantar kenderaan masing-masing kepada peniaga yang dibenarkan secepat mungkin sebaik mendapat notis berkenaan.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, pelanggan boleh menelefon nombor bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau lawati sebarang peniaga Honda yang dibenarkan.

Pelanggan juga dinasihati membuat panggilan bagi membuat temu janji bagi mengelakkan tempoh menunggu yang lama. - BERNAMA

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: honda kena tarik, harga terkini kereta honda, honda city kene panggil, honda civis kene panggil, senarai harga honda, gambar kereta honda, model terbaru honda 2011, lokasi pengedar kereta honda, promosi raya kereta honda, harga diskaun kereta honda, promosi merdeka kereta honda, masalah kereta honda, senarai masalah kereta honda, aksessori kereta honda, model baru honda, harga baru honda, jualan terbaik honda, kereta terbaik honda, honda city jimat minyak, Honda panggil semula lebih 40,000 kenderaan 2006-2008

Saturday, September 3, 2011

Kumpulan Sepah Akhirnya Berpecah

Aku ingat lagi masa aku menonton Raja Lawak yang masa tu zaman kumpulan Sepah, Juri mengatakan jika kumpulan Sepah ni berpecah, diorang takkan lawak lagi.. Jadi... berpecah akhirnya... So kita lihat nanti betul tak tekaan Juri tu.. Aku rasa elok diorang bergabung dari berpecah dan buat lawak pakai skrip sendiri.. confirm memang lawak...



Sebelum ini kita hanya mendengar khabar angin yang mengatakan kumpulan Sepah sudah berpecah, bagaimanapun dinafikan sendiri oleh ahli kumpulan Sepah.

Dan terbaru, akhirnya Jepp selaku ketua kumpulan Sepah mengakui yang Sepah sudah berpecah. Tidak pasti pula adakah mereka akan mengadakan sidang akhbar atau membiarkan isu tersebut berlalu begitu sahaja

Berikut ialah kata-kata Jepp Sepah selaku ketua kumpulan:-

Selepas kemenangan itu (Raja Lawak 2009), semua displin dibentuk oleh anggota Sepah semakin berkurangan dan ia terus tenggelam apabila kami berjaya mencipta nama. Kemudian Tuhan memberi peluang kedua di dalam Maharaja Lawak, kami bina semula nama Sepah itu, tetapi hari ini saya nekad berpecah selepas sekian lama memendam perasaan.

Namun ternyata keputusan Jepp ini sangat-sangat mengejutkan Shuib. Kata Shuib:-

Saya sayang kumpulan Sepah tetapi jika Jep sudah berkata begitu, saya ikutkan saja. Perkara ini memang ada kami bincangkan sebelum ini. Saya tidak ada apa yang ingin dicakapkan kerana perkara ini baru hari ini diputuskan dan kami akan berpecah, apa yang saya boleh buat saya akan menjaga diri sendiri selepas ini.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: Sepah berpecah, cerita kumpulan Sepah, gambar kumpulan Sepah, video lawak Kumpulan Sepah, komedi terbaru Kumpulan Sepah, foto Kumpulan Sepah, Kumpulan Sepah bersepai, Kumpulan Sepah tukar haluan, Kumpulan Sepah berpisah, Kumpulan Sepah merajuk, Kumpulan Sepah juara maharaja lawak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...