Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Tuesday, June 7, 2011

Kemeriahan I-City Shah Alam

Hujung minggu lepas aku membawa family aku berjalan melihat lampu berwarna warni di ICT :) . Bila dah pergi masa cuti sekolah, mcm biasa laa penuh orang kt sana.. Parking RM10 - mahal ooo.. bagi aku rasa mahal laa.. hehe

Memang meriah keadaan disana. Penuh dengan lampu yang berwarna warni dan bercorak corak ditambah lagi dgn kehadiran orang ramai memeriahkan suasana.. Bila dh kat sana ramai yang tidak melepaskan peluang utk bergambar termasuk laa aku yg suka mengambil gambar... memang letih juga laa aku berjalan2 sambil posing seket2 kt sana...

ICT Shah Alam

Bila anda ke ICT shah alam, soal makanan tak jadi masalah.. restoran makanan banyak juga kat sana tapi harga konfem mahal.. haha.. tapi takpe KFC juga ada kt sana... rasanya harga sama je kfc tu..

Apa pun layan gambar ni.. ada byk lagi.. ni ler sempat aku masukkan.. hehehe... sesiapa yg pegi ICT tu jgn lupa bawa camera, video cam ke... syok bergambar ooo dalam keadaan dipenuhi cahaya...

ICT Shah Alam

ICT Shah Alam

Alamat I-City :

D-1-4 Jalan Multimedia 7/AJ
Seksyen 7
CityPark, i-City
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

~ Bajonz ~
~ Photo ~

google: kemeriahan ict shah alam, lampu ict shah alam, peta ict shah alam, lokasi ict shah alam, pemandangan ict shah alam, gambar ict shah alam, foto ict shah alam, video ict shah alam, majlis ict shah alam, tempat menarik di ict shah alam, i-city photo, gambar i-city, lampu i-city, map to i-city, peta ke i-city, harga masuk i-city, tiket masuk ke i-city, promosi di i-city, tempat menarik di i-city, youtube i-city, website i-city

Thursday, June 2, 2011

Jumpa Doktor Jika Cirit-Birit Berdarah Selepas Ke Eropah Sejak Mei

Saper2 ada rasa sakit mcm tu, cepat cepat jumpa doktor...




Orang ramai yang telah mengunjungi Eropah sejak 1 Mei lepas dan pada masa yang sama mempunyai gejala cirit-birit berdarah dinasihatkan untuk menjalani ujian pemeriksaan kesihatan di pusat-pusat kesihatan yang berhampiran.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata pihaknya telah menerima laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai satu kes wabak penyakit 'sindrom uremik haemolytik' (HUS) yang berpunca daripada pencemaran bakteria 'Enterohaemorrhagic Escherichia Coli' (EHEC).

Satu kes wabak penyakit itu telah dilaporkan di negara Jerman, katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.

"Untuk makluman, wabak penyakit ini adalah satu sindrom dengan ciri-ciri darah merah pecah dan menyebabkan anemia (menyebabkan kekurangan jumlah pigmen hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah), kegagalan ginjal akut dan kekurangan sel darah pembeku," katanya.

Dr Hasan berkata tanda-tanda seseorang itu telah dijangkiti wabak penyakit itu adalah seperti sakit perut, muntah-muntah dan cirit-birit berdarah.

Gejala gejala yang dinyatakan di atas juga boleh menyebabkan dehidrasi, keletihan, kelesuan, anemia, 'uraemia' (kehadiran urea dan sebatian buangan bernitrogen lain dalam darah dalam jumlah berlebihan) serta 'kecenderungan pendarahan, katanya.

Menurut beliau, punca wabak penyakit itu yang menjangkiti mangsa adalah menerusi makanan yang dicemari dengan bakteria E. Coli.

"Gejala penyakit ini dapat dilihat dengan ketara dalam tempoh tiga hingga lapan hari. Selalunya mangsa akan sembuh dalam tempoh 10 hari dan tanpa sebarang komplikasi selepas dijangkiti wabak penyakit ini," katanya.

Selain itu, sebahagian kecil wabak penyakit ini turut melibatkan kanak-kanak dan warga tua yang boleh membawa kepada komplikasi yang lebih serius seperti penyakit buah pinggang pada tahap kronik.

Kadar kematian yang berpunca daripada wabak penyakit ini berada pada kadar antara lima hingga 10 peratus.

Dr Hasan berkata kajian awal mendapati pesakit yang terlibat dengan wabak ini didapati berkemungkinan memakan sayuran mentah iaitu tomato, timun dan daun salad.

Berikutan itu, katanya, kementerian sedang memantau pengimportan timun ke dalam negara ini tetapi maklumat daripada Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia menunjukkan tiada timun yang diimport dari Jerman atau Sepanyol.

Kejadian wabak penyakit ini dilaporkan bermula pada 25 April lepas dengan mangsa mengalami gejala cirit-birit berdarah. - Sumber Mstar

~ Bajonz ~
~ Photo ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...