Promo Pakej Wedding 2025
-
*Klik Sini Untuk Pakej Photography Perkahwinan*
*Klik Sini Untuk Pakej Premium Majlis Perkahwinan*
*Klik Sini Untuk Pakej Outdoor Photoshoot*
*S...
Thursday, March 13, 2014
MAS Ganti MH370, MH371 Dengan Kod Penerbangan Baharu
Kod penerbangan MH370 dan MH371 yang diguna oleh Malaysia Airlines (MAS) untuk laluan Kuala Lumpur-Beijing-Kuala Lumpur akan diganti kod baharu bermula pada Jumaat.
Syarikat itu dalam satu kenyataan pada Khamis, berkata langkah menghentikan penggunaan kedua-dua kod tersebut sebagai menghormati 239 penumpang dan kru pesawat MH370 yang dilapor hilang pada 8 Mac lepas ketika dalam penerbangan dari ibu negara Malaysia ke Beijing.
Operasi mencari besar-besaran antarabangsa yang dilakukan dari udara dan laut sehingga kini belum membuahkan hasil.
Menurut kenyataan itu MAS akan menggunakan kod MH318 bagi penerbangan Kuala Lumpur-Beijing dan MH319 untuk Beijing-Kuala Lumpur.
"Kekerapan penerbangan kami tidak berubah dan kami akan terus melakukan dua penerbangan sehari ke Beijing.
"Ingatan dan doa kami kekal bersama-sama keluarga rakan-rakan sekerja kami dan juga penumpang MH370," kata MAS.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment