Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Friday, July 18, 2014

MH17: Kotak Hitam Kedua Ditemui Di Kawasan Nahas


Kotak hitam kedua pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Timur Ukraine telah dijumpai di kawasan nahas.

Menurut Reuters, seorang jurugambar dari agensi berita itu melaporkan kotak hitam kedua ditemui pada pukul 5.55 pagi waktu tempatan.

Ini berikutan laporan agensi berita Interfax bahawa kumpulan pemisah pro- Rusia yang mendakwa menjumpai kotak hitam pertama mengumumkan akan memindahkan ia ke Moscow untuk pemeriksaan.
Sebuah kotak hitam terdiri daripada perakam suara kokpit dan data penerbangan digunakan untuk mengenal pasti punca sebenar nahas tersebut.

MH17 hilang dari radar ketika memasuki ruang udara timur Ukraine kira-kira 1415 GMT, sejam selepas pesawat jenis Boeing 777 itu berlepas dari lapangan terbang Schiphol, Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur.

Pesawat tersebut membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dipercayai ditembak jatuh, 50 kilometer dari sempadan Ukraine-Rusia.

The Chichago Tribune melaporkan bahawa Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) mendakwa pemberontak di wilayah itu berkata mereka akan memastikan tahap keselamatan pakar antarabangsa yang melawat kawasan nahas.

OSCE dalam laman webnya berkata, wakil kanan dari Ukraine, Rusia dan OSCE mengadakan sidang video dengan kumpulan pemisah itu, berjanji untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Ukraine dalam siasatan tersebut.

Katanya, pemberontak komited menyediakan akses dan jaminan keselamatan kepada jawatankuasa penyiasat kebangsaan termasuk penyiasat antarabangsa di kawasan tersebut.

"Sebagai keutamaan, mereka (kumpulan pemisah) harus menutup kawasan nahas dan membenarkan pihak berkuasa tempatan untuk menyediakan persiapan untuk mencari mayat mangsa," kata OSCE.



~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...